Wednesday 12 June 2013

gulaguli manisan


KNOCK! KNOCK!

"siapa tu?"

"ni man"

"man? man mana?"

"manisan yg selalu tersalut dalam hati awak"

          Awak kedekut bukan ? tapi kasih sayang pd sy awak tak pernah kedekut. sehabis mungkin awak nak bg pada saya . manisnya awak gulagula kan saya. jatuh hati ? tidak selagi saya masih paut pada tiang kebencian tapi kalau dah cair akan jatuh juga bukan ? awak, tahap cair saya bukan bergantung pada kandungan gulagula dalam ayat awak tahu? 

         mungkin saya hanya paut pada tiang angan tapi awk perlu tahu saya boleh panjat dan berpijak terus pada tanah realiti. saya harap gulagula awak bukan seperti gulagula getah yg manisnya hanya sebentar tetapi lenguh mulut sahaja yg dapat dan buang.ludah.sampah.

         pesan awak saya ingat 

"biar gulanya sementara kerna bila kita sudah bersama ia akan kembali manis. pasti..."

         saya tahu saya boleh harapkan awak menambah gula dalam manisan hubungan kita. tambah kasih. beri sayang. 

         andai terlalu manisnya kita buat awak terpaksa potong tgn, saya sanggup gantikan dengan yg saya punya. sanggup lengkapkan ketiadaan awak dengan keberadaan saya. jangan susah2 hati dalam penjagaan hati, saya percaya seperti ada magnet dalam hati kita. andai padan pasti akan melekat. ya, melekat hebat *tawa bahagia*

        ops! awak! terlebih kandungan gula ni. tak mahu awak terkena kencing manis. nampak saya masih sayang walau saya terpaksa kurangkan manis dalam kasih kita? tapi awak tetap tak mahu kerna awak tahu itu semua bahagia buat awak. bahagia awak kesukaan sy. tawa awak kesenangan saya. walau sakit mana awak dengan manis ini, awk tetap ade saya. janji !

        sepertinya hati mahu jatuh. jatuh kedalam selaut manisan cinta kamu! cuma aku berkira mahu lepas pautan pada tiang dengan kerelaan atau keterpaksaan  . khuatir yg menunggu dibawah bukan manisnya cinta kamu tapi tajam nya duri bersalut pahit hempedu. keyakinan aku hanya berbayang manis rasa kita ini berbeza. seperti pekat likat. bilas sental pon takkan hilang manisnya.

        berkira kira. kamukah manisan yg bakal terisi dalam hati? janji pada aku bahawa manis ini takkan habis. takkan mati. harapkan janji manis ini mencapai pada tahap jari manis kita disarung dan disatukan dalam lafaz akad.

amin....

-NK,MK-

No comments:

Post a Comment