Sunday 30 June 2013

indah

saat hati aku yg entah tak tahu keras lembut ini kau mula sentuh.
bergetar hebat walau hanya sentuh
menari indah bila makin kau belai
menyanyi girang bila kau jaga

lapisan manisan menebal makin tebal makin dahsyat menutupi luka pedih yg berparut bertahun.
salutan lembut rasa krim vanila yg indah menyalur setiap sudut hati aku yg terbentuk indah oleh cinta kita.

mari,iring aku ke pelangi bersuara hati di awan.
tika hujan yg turun adalah medium yg dikhaskan kita utk menghakis luka lama menghilangkan pedih darah.

semua buat kita adalah indah.

musim hujan, girang dibasahi cinta
musim luruh, bahagia luruhnya hati dek manis kamu
musim salji, dipanaskan pelukan syg kamu
musim bunga, menari di sehampar ladang bunga kasih
musim aku bercinta.

                                                            -NK

Saturday 29 June 2013

HEBAT (?)

beri aku satu makna rasa hebat memper-agung-kan EGO.
kerana tiada bayang apa pun yang aku nampak
hebatnya ego yg kau bela 
ego yg kau tatang 
ego yg kau sembah
ego yg kau tanam ! kau baja ! 
hingga tinggi melangit ego kau semai

tinggi tinggi nak pergi mana ego tu?
sampai lupa kau menyembah pada bumi?
sampai lupa kau menadah pada Tuhan?
sampai lupa pada hati yg ada pada dunia?

mana hebatnya kamu dengan EGO celaka melangit tu?
kau rasa ego itu suatu kemegahan utk disembah
pergi sana kau makan ego
sampai kenyang 
sampai boroi
sampai meletup hati kau

tiada yang suka ego yg kau semai melangit
bangsat.
                                                    
                                                             -NK


Wednesday 12 June 2013

gulaguli manisan


KNOCK! KNOCK!

"siapa tu?"

"ni man"

"man? man mana?"

"manisan yg selalu tersalut dalam hati awak"

          Awak kedekut bukan ? tapi kasih sayang pd sy awak tak pernah kedekut. sehabis mungkin awak nak bg pada saya . manisnya awak gulagula kan saya. jatuh hati ? tidak selagi saya masih paut pada tiang kebencian tapi kalau dah cair akan jatuh juga bukan ? awak, tahap cair saya bukan bergantung pada kandungan gulagula dalam ayat awak tahu? 

         mungkin saya hanya paut pada tiang angan tapi awk perlu tahu saya boleh panjat dan berpijak terus pada tanah realiti. saya harap gulagula awak bukan seperti gulagula getah yg manisnya hanya sebentar tetapi lenguh mulut sahaja yg dapat dan buang.ludah.sampah.

         pesan awak saya ingat 

"biar gulanya sementara kerna bila kita sudah bersama ia akan kembali manis. pasti..."

         saya tahu saya boleh harapkan awak menambah gula dalam manisan hubungan kita. tambah kasih. beri sayang. 

         andai terlalu manisnya kita buat awak terpaksa potong tgn, saya sanggup gantikan dengan yg saya punya. sanggup lengkapkan ketiadaan awak dengan keberadaan saya. jangan susah2 hati dalam penjagaan hati, saya percaya seperti ada magnet dalam hati kita. andai padan pasti akan melekat. ya, melekat hebat *tawa bahagia*

        ops! awak! terlebih kandungan gula ni. tak mahu awak terkena kencing manis. nampak saya masih sayang walau saya terpaksa kurangkan manis dalam kasih kita? tapi awak tetap tak mahu kerna awak tahu itu semua bahagia buat awak. bahagia awak kesukaan sy. tawa awak kesenangan saya. walau sakit mana awak dengan manis ini, awk tetap ade saya. janji !

        sepertinya hati mahu jatuh. jatuh kedalam selaut manisan cinta kamu! cuma aku berkira mahu lepas pautan pada tiang dengan kerelaan atau keterpaksaan  . khuatir yg menunggu dibawah bukan manisnya cinta kamu tapi tajam nya duri bersalut pahit hempedu. keyakinan aku hanya berbayang manis rasa kita ini berbeza. seperti pekat likat. bilas sental pon takkan hilang manisnya.

        berkira kira. kamukah manisan yg bakal terisi dalam hati? janji pada aku bahawa manis ini takkan habis. takkan mati. harapkan janji manis ini mencapai pada tahap jari manis kita disarung dan disatukan dalam lafaz akad.

amin....

-NK,MK-