Monday 7 April 2014

konkrit

tengah hening malam di kota lumpur,
merenung pada batu batu konkrit meninggi,
seolah mencabar bongkak ciptaan Tuhan,
merasa diri hebat hingga mahu cipta konkrit tinggi menyuluh langit Tuhan,
langit yang dikongsi bersama,
tetapi kerana konkrit gergasi, si berduit menghalau si gelandangan beradu dingin,
konkrit gergasi yang menghalang bulan menerangi malam yang sepatutnya dikongsi bahagia,
semua kerana bangunan yang megah dengan isinya adalah penjajah
manusia di bahagi bahagi
manusia di maki maki
manusia dipuji puji
manusia jadi keji
bumi ini indah. Tuhan, bantu kami lindunginya.

Saturday 29 March 2014

walau tak indah

Dunia memang tak indah
makin dikotor
kotor kerna wang kotor kerna kuasa
bila cinta itu manusia pandang jelik
dan kuasa wang manusia pandang cantik.
Berhentilah sebar yang indah
bila mana hakikatnya cuma punah
hanya rasa gundah
rasa tak betah.
Kuasa dimegah megah 
kata kata dusta hebah.
Yang punya wang selalu benar yang miskin jadi salah
keadilan jadi seperti sampah
Rakamlah, walau tak indah
supaya tidak menipu si generasi muda.

-Kuntum-

Tuesday 2 July 2013

air mata

cuma cecair...

mengalir hanya pada tubuh

seiring darah. sebati

alir deras dalam tubuh

lincah ligat memercik pada hati

kadang seperti asid menghakis jiwa iri

pedih yg padu

kau takkan tahu

cecair yg selalu mereka pamer sungguh pd seluruh galaksi

tapi aku,

telan perit biar ia deras dlm jiwa

sehebat air terjun hempas dek graviti

cecair ini hempas dek luka hati

biar... mengalir sebati dalam diri.

                                                                                      -NK

Sunday 30 June 2013

indah

saat hati aku yg entah tak tahu keras lembut ini kau mula sentuh.
bergetar hebat walau hanya sentuh
menari indah bila makin kau belai
menyanyi girang bila kau jaga

lapisan manisan menebal makin tebal makin dahsyat menutupi luka pedih yg berparut bertahun.
salutan lembut rasa krim vanila yg indah menyalur setiap sudut hati aku yg terbentuk indah oleh cinta kita.

mari,iring aku ke pelangi bersuara hati di awan.
tika hujan yg turun adalah medium yg dikhaskan kita utk menghakis luka lama menghilangkan pedih darah.

semua buat kita adalah indah.

musim hujan, girang dibasahi cinta
musim luruh, bahagia luruhnya hati dek manis kamu
musim salji, dipanaskan pelukan syg kamu
musim bunga, menari di sehampar ladang bunga kasih
musim aku bercinta.

                                                            -NK

Saturday 29 June 2013

HEBAT (?)

beri aku satu makna rasa hebat memper-agung-kan EGO.
kerana tiada bayang apa pun yang aku nampak
hebatnya ego yg kau bela 
ego yg kau tatang 
ego yg kau sembah
ego yg kau tanam ! kau baja ! 
hingga tinggi melangit ego kau semai

tinggi tinggi nak pergi mana ego tu?
sampai lupa kau menyembah pada bumi?
sampai lupa kau menadah pada Tuhan?
sampai lupa pada hati yg ada pada dunia?

mana hebatnya kamu dengan EGO celaka melangit tu?
kau rasa ego itu suatu kemegahan utk disembah
pergi sana kau makan ego
sampai kenyang 
sampai boroi
sampai meletup hati kau

tiada yang suka ego yg kau semai melangit
bangsat.
                                                    
                                                             -NK


Wednesday 12 June 2013

gulaguli manisan


KNOCK! KNOCK!

"siapa tu?"

"ni man"

"man? man mana?"

"manisan yg selalu tersalut dalam hati awak"

          Awak kedekut bukan ? tapi kasih sayang pd sy awak tak pernah kedekut. sehabis mungkin awak nak bg pada saya . manisnya awak gulagula kan saya. jatuh hati ? tidak selagi saya masih paut pada tiang kebencian tapi kalau dah cair akan jatuh juga bukan ? awak, tahap cair saya bukan bergantung pada kandungan gulagula dalam ayat awak tahu? 

         mungkin saya hanya paut pada tiang angan tapi awk perlu tahu saya boleh panjat dan berpijak terus pada tanah realiti. saya harap gulagula awak bukan seperti gulagula getah yg manisnya hanya sebentar tetapi lenguh mulut sahaja yg dapat dan buang.ludah.sampah.

         pesan awak saya ingat 

"biar gulanya sementara kerna bila kita sudah bersama ia akan kembali manis. pasti..."

         saya tahu saya boleh harapkan awak menambah gula dalam manisan hubungan kita. tambah kasih. beri sayang. 

         andai terlalu manisnya kita buat awak terpaksa potong tgn, saya sanggup gantikan dengan yg saya punya. sanggup lengkapkan ketiadaan awak dengan keberadaan saya. jangan susah2 hati dalam penjagaan hati, saya percaya seperti ada magnet dalam hati kita. andai padan pasti akan melekat. ya, melekat hebat *tawa bahagia*

        ops! awak! terlebih kandungan gula ni. tak mahu awak terkena kencing manis. nampak saya masih sayang walau saya terpaksa kurangkan manis dalam kasih kita? tapi awak tetap tak mahu kerna awak tahu itu semua bahagia buat awak. bahagia awak kesukaan sy. tawa awak kesenangan saya. walau sakit mana awak dengan manis ini, awk tetap ade saya. janji !

        sepertinya hati mahu jatuh. jatuh kedalam selaut manisan cinta kamu! cuma aku berkira mahu lepas pautan pada tiang dengan kerelaan atau keterpaksaan  . khuatir yg menunggu dibawah bukan manisnya cinta kamu tapi tajam nya duri bersalut pahit hempedu. keyakinan aku hanya berbayang manis rasa kita ini berbeza. seperti pekat likat. bilas sental pon takkan hilang manisnya.

        berkira kira. kamukah manisan yg bakal terisi dalam hati? janji pada aku bahawa manis ini takkan habis. takkan mati. harapkan janji manis ini mencapai pada tahap jari manis kita disarung dan disatukan dalam lafaz akad.

amin....

-NK,MK-

Sunday 26 May 2013

kawan.teman.sahabat

terlalu indah. terlalu berharga nilai sesuatu persahabatan.
makin byk pengorbanan makin tak ternilai syg kita pd sahabat bukan?
kita sibuk mencari sana sini sahabat sejati tika sng ssh, 
tapi sedarkah kita bahawa kita juga belum tentu cukup utk jadi yg terbaik utk dptkan yg terbaik.
wake up sayang. awak bukan di wonderland yg boleh awak olah olah jadi indah ikut hati awak.
kita di DUNIA ciptaanNya. 
kita hanya pelakon yg tiada sedia skrip dihadapan mata, tetapi telah ditetapkan jalan cerita olehNya.
hebat bukan ?
terlalu hebat Ya Tuhan.
jalan cerita yg indah Kau karang dengan pelbagai watak Kau hadirkan.

SAHABAT, aku pelakon yg mmg teringin berjumpa dgn watak yg dinamakan "sahabat aku"
tiada berharap. 
kau takkan pernah tahu yg berharap itu penderaan jiwa .
konsep bersahabat itu biarlah suci sayang.
jgn cemarkan dgn pisau yg tak kau asah demi menikam sebentuk hati yg mempercayai kau.
kau tegar ? 
SAHABAT,aku tak carik tapi aku memohon padaNya turunkan yg sejati buat aku :')

bukan susah . 
tinggalkan yg celaka, syg yg tau nilai sahabat itu berharga.
follow the flow. tak usah paut pada batu kalau kau tau deras air itu menyakitkan.
-NK