Monday 7 April 2014

konkrit

tengah hening malam di kota lumpur,
merenung pada batu batu konkrit meninggi,
seolah mencabar bongkak ciptaan Tuhan,
merasa diri hebat hingga mahu cipta konkrit tinggi menyuluh langit Tuhan,
langit yang dikongsi bersama,
tetapi kerana konkrit gergasi, si berduit menghalau si gelandangan beradu dingin,
konkrit gergasi yang menghalang bulan menerangi malam yang sepatutnya dikongsi bahagia,
semua kerana bangunan yang megah dengan isinya adalah penjajah
manusia di bahagi bahagi
manusia di maki maki
manusia dipuji puji
manusia jadi keji
bumi ini indah. Tuhan, bantu kami lindunginya.

Saturday 29 March 2014

walau tak indah

Dunia memang tak indah
makin dikotor
kotor kerna wang kotor kerna kuasa
bila cinta itu manusia pandang jelik
dan kuasa wang manusia pandang cantik.
Berhentilah sebar yang indah
bila mana hakikatnya cuma punah
hanya rasa gundah
rasa tak betah.
Kuasa dimegah megah 
kata kata dusta hebah.
Yang punya wang selalu benar yang miskin jadi salah
keadilan jadi seperti sampah
Rakamlah, walau tak indah
supaya tidak menipu si generasi muda.

-Kuntum-