Tuesday, 2 July 2013

air mata

cuma cecair...

mengalir hanya pada tubuh

seiring darah. sebati

alir deras dalam tubuh

lincah ligat memercik pada hati

kadang seperti asid menghakis jiwa iri

pedih yg padu

kau takkan tahu

cecair yg selalu mereka pamer sungguh pd seluruh galaksi

tapi aku,

telan perit biar ia deras dlm jiwa

sehebat air terjun hempas dek graviti

cecair ini hempas dek luka hati

biar... mengalir sebati dalam diri.

                                                                                      -NK

Sunday, 30 June 2013

indah

saat hati aku yg entah tak tahu keras lembut ini kau mula sentuh.
bergetar hebat walau hanya sentuh
menari indah bila makin kau belai
menyanyi girang bila kau jaga

lapisan manisan menebal makin tebal makin dahsyat menutupi luka pedih yg berparut bertahun.
salutan lembut rasa krim vanila yg indah menyalur setiap sudut hati aku yg terbentuk indah oleh cinta kita.

mari,iring aku ke pelangi bersuara hati di awan.
tika hujan yg turun adalah medium yg dikhaskan kita utk menghakis luka lama menghilangkan pedih darah.

semua buat kita adalah indah.

musim hujan, girang dibasahi cinta
musim luruh, bahagia luruhnya hati dek manis kamu
musim salji, dipanaskan pelukan syg kamu
musim bunga, menari di sehampar ladang bunga kasih
musim aku bercinta.

                                                            -NK

Saturday, 29 June 2013

HEBAT (?)

beri aku satu makna rasa hebat memper-agung-kan EGO.
kerana tiada bayang apa pun yang aku nampak
hebatnya ego yg kau bela 
ego yg kau tatang 
ego yg kau sembah
ego yg kau tanam ! kau baja ! 
hingga tinggi melangit ego kau semai

tinggi tinggi nak pergi mana ego tu?
sampai lupa kau menyembah pada bumi?
sampai lupa kau menadah pada Tuhan?
sampai lupa pada hati yg ada pada dunia?

mana hebatnya kamu dengan EGO celaka melangit tu?
kau rasa ego itu suatu kemegahan utk disembah
pergi sana kau makan ego
sampai kenyang 
sampai boroi
sampai meletup hati kau

tiada yang suka ego yg kau semai melangit
bangsat.
                                                    
                                                             -NK


Wednesday, 12 June 2013

gulaguli manisan


KNOCK! KNOCK!

"siapa tu?"

"ni man"

"man? man mana?"

"manisan yg selalu tersalut dalam hati awak"

          Awak kedekut bukan ? tapi kasih sayang pd sy awak tak pernah kedekut. sehabis mungkin awak nak bg pada saya . manisnya awak gulagula kan saya. jatuh hati ? tidak selagi saya masih paut pada tiang kebencian tapi kalau dah cair akan jatuh juga bukan ? awak, tahap cair saya bukan bergantung pada kandungan gulagula dalam ayat awak tahu? 

         mungkin saya hanya paut pada tiang angan tapi awk perlu tahu saya boleh panjat dan berpijak terus pada tanah realiti. saya harap gulagula awak bukan seperti gulagula getah yg manisnya hanya sebentar tetapi lenguh mulut sahaja yg dapat dan buang.ludah.sampah.

         pesan awak saya ingat 

"biar gulanya sementara kerna bila kita sudah bersama ia akan kembali manis. pasti..."

         saya tahu saya boleh harapkan awak menambah gula dalam manisan hubungan kita. tambah kasih. beri sayang. 

         andai terlalu manisnya kita buat awak terpaksa potong tgn, saya sanggup gantikan dengan yg saya punya. sanggup lengkapkan ketiadaan awak dengan keberadaan saya. jangan susah2 hati dalam penjagaan hati, saya percaya seperti ada magnet dalam hati kita. andai padan pasti akan melekat. ya, melekat hebat *tawa bahagia*

        ops! awak! terlebih kandungan gula ni. tak mahu awak terkena kencing manis. nampak saya masih sayang walau saya terpaksa kurangkan manis dalam kasih kita? tapi awak tetap tak mahu kerna awak tahu itu semua bahagia buat awak. bahagia awak kesukaan sy. tawa awak kesenangan saya. walau sakit mana awak dengan manis ini, awk tetap ade saya. janji !

        sepertinya hati mahu jatuh. jatuh kedalam selaut manisan cinta kamu! cuma aku berkira mahu lepas pautan pada tiang dengan kerelaan atau keterpaksaan  . khuatir yg menunggu dibawah bukan manisnya cinta kamu tapi tajam nya duri bersalut pahit hempedu. keyakinan aku hanya berbayang manis rasa kita ini berbeza. seperti pekat likat. bilas sental pon takkan hilang manisnya.

        berkira kira. kamukah manisan yg bakal terisi dalam hati? janji pada aku bahawa manis ini takkan habis. takkan mati. harapkan janji manis ini mencapai pada tahap jari manis kita disarung dan disatukan dalam lafaz akad.

amin....

-NK,MK-

Sunday, 26 May 2013

kawan.teman.sahabat

terlalu indah. terlalu berharga nilai sesuatu persahabatan.
makin byk pengorbanan makin tak ternilai syg kita pd sahabat bukan?
kita sibuk mencari sana sini sahabat sejati tika sng ssh, 
tapi sedarkah kita bahawa kita juga belum tentu cukup utk jadi yg terbaik utk dptkan yg terbaik.
wake up sayang. awak bukan di wonderland yg boleh awak olah olah jadi indah ikut hati awak.
kita di DUNIA ciptaanNya. 
kita hanya pelakon yg tiada sedia skrip dihadapan mata, tetapi telah ditetapkan jalan cerita olehNya.
hebat bukan ?
terlalu hebat Ya Tuhan.
jalan cerita yg indah Kau karang dengan pelbagai watak Kau hadirkan.

SAHABAT, aku pelakon yg mmg teringin berjumpa dgn watak yg dinamakan "sahabat aku"
tiada berharap. 
kau takkan pernah tahu yg berharap itu penderaan jiwa .
konsep bersahabat itu biarlah suci sayang.
jgn cemarkan dgn pisau yg tak kau asah demi menikam sebentuk hati yg mempercayai kau.
kau tegar ? 
SAHABAT,aku tak carik tapi aku memohon padaNya turunkan yg sejati buat aku :')

bukan susah . 
tinggalkan yg celaka, syg yg tau nilai sahabat itu berharga.
follow the flow. tak usah paut pada batu kalau kau tau deras air itu menyakitkan.
-NK

Saturday, 4 May 2013

diam.rasa

Malam dtg lagi
tak sama seperti malam sebelum ini
ada rasa dalam hati
pada angin sepi
malam,
kalau angin rindu yg kau bawakan
rayu bawa ia berlalu pergi
jangan singgah
jangan sentuh aku
aku taknak kau si rindu
kalau seksa yg kau kesankan
pergilah!
malam,
esok kau dtg bukan ?
bawa aku khabar dari dia ya?
aku tunggu 
-NK

R.I.M.A.S

Bila makhluk yg diberi akal telah menggunakan akalnya melebih lebih. tak, bukan melebih. tapi melalut. memandai. aku rimas. 
suara2 celaka yg terlolong melalak memekak tiap hari kat mana mana meskipun celah lorong jahanam. diam bodoh !
tiap hari : 

A : aku betul! dia salah! 
B : dia jahat! aku baik! 
A : jgn ikut dia! ikut aku! 
C : tak payah amek tau. belum sampai waktu.
D : kene amek tahu! kewajipan! 
C : kau tipu ! mana bukti?
A : alahh... semua org dah tau.

bangsat diam! sampai satu tahap kepala aku ngang!! aku rasa macam nak gerudi kepala semua ni dekat konkrit biar melekat biar berkecai biar hancur biar senyap . berhenti semua rimas.
itu ini tiada bukti. itu ini huru hara. itu ini gaduh sini sana. manusia dah lari dari paksi. manusia dah tak reti pijak pada bumi. cepat lah pergi mati . bumi tak perlu makhluk mcm ni . sampai satu tahap mengambil alih tugas Tuhan yg konon diutamakan tapi sendiri lagak Tuhan menetapkan apa yg sepatutnya kerja Tuhan . diam .

benda ni jadi terlalu kotor . sampai ajar pada anak supaya membenci. anak kecil . kau cemar dia . cemar ? sebab benda ni dah jadi kotor . 

aku kira tiada lagi manusia yg reti senyap dari semua ini. walau ada kelahiran semula. tak, aku bukan Tuhan. kau pun bukan. dia pun bukan. mereka bukan. kembali pada Dia dan kita tenang.
senyap. -NK